Struktur Organisasi Dah Ada, Tapi Masih Kucar-Kacir?
Struktur organisasi dah ada, tapi masih kucar-kacir? Ramai founder sangka dengan wujudkan carta organisasi dan bagi title rasmi, semua akan automatik jadi teratur. Tapi realitinya, banyak syarikat masih berdepan isu overlap kerja, keliru arahan, dan konflik dalaman walaupun struktur organisasi nampak lengkap.
Apa punca sebenar?
1. Struktur Organisasi Tak Ada Tugas yang Jelas
Struktur organisasi dah ada, tapi staf tak tahu apa tanggungjawab sebenar mereka. Akhirnya semua buat kerja ikut suka, tak ada batas peranan. Bila berlaku isu, masing-masing lepas tangan.
Solusi? Setkan Job Description (JD) yang jelas bagi setiap posisi termasuk KPI dan limit kuasa.
2. Struktur Organisasi Tapi Tiada Sistem Komunikasi
Struktur organisasi dah ada, tapi tanpa sistem komunikasi yang tersusun, info tetap tak sampai. Arahan dari atas tak turun dengan betul, staf bawah pun ‘blur’ nak ikut siapa.
Sistem komunikasi perlu ringkas, berpusat, dan ada aliran jelas siapa report kepada siapa, bila nak update, dan medium rasmi mana yang digunakan.
3. Struktur Organisasi Tak Diikuti dengan Coaching
Struktur organisasi dah ada, tapi tiada bimbingan dan pemantauan kepada team. Bila staf baru naik jawatan, terus dilepaskan tanpa tunjuk ajar akhirnya, keputusan dan tindakan mereka tak selari dengan budaya syarikat.
Struktur yang baik perlu disokong dengan leadership coaching, supaya setiap ketua fungsi tahu peranan sebenar dan boleh lead pasukan dengan yakin.
Struktur organisasi dah ada, tapi masih kucar-kacir? Ini bukan isu struktur semata-mata. Ia isu sistem dalaman dan kejelasan peranan. Carta hanya atas kertas kalau tak diturunkan jadi realiti, ia takkan ubah apa-apa.