Staf Tak Dengar Cakap? Mungkin Anda Tak Pernah Letak Boundaries
Pernah tak rasa macam staf buat hal sendiri, tak ikut arahan walaupun dah ulang banyak kali? Kalau ya, mungkin bukan salah staf semata-mata tapi kerana anda tak pernah letak boundaries yang jelas dari awal.
Ramai founder silap langkah bila terlalu ‘open’ atau terlalu bertolak ansur. Bila tiada boundaries, staf tak dengar cakap kerana mereka tak tahu mana satu had dan mana satu expectation sebenar.
1. Tiada Garis Panduan Jelas Dari Awal
Staf tak dengar cakap bukan sebab degil. Tapi mereka mungkin tak nampak sempadan. Contoh, waktu kerja yang fleksibel tapi tak pernah dibincang betul-betul. Akhirnya, semua orang ‘ikut suka hati’.
✅ Apa perlu dibuat:
Terangkan apa yang dibenarkan & tidak dari hari pertama
Nyatakan dengan jelas waktu kerja, cara komunikasi, dan level autonomy
2. Terlalu Banyak “Tak Apa” Setiap Kali Salah
Bila staf buat salah, tapi kita cuma senyum dan cakap “tak apa” itu bukan sabar. Itu tanda boundaries tak wujud. Lama-lama, staf tak dengar cakap sebab mereka rasa semuanya okay.
✅ Apa perlu dibuat:
Bezakan antara kesilapan boleh belajar & kesilapan berulang
Tindakan mesti konsisten supaya semua faham sempadan
3. Founder Sendiri Langgar Boundaries
Staf susah nak ikut jika founder sendiri tak konsisten. Kalau anda sendiri mesej staf tengah malam atau tukar keputusan sesuka hati jangan terkejut bila staf tak dengar cakap.
✅ Apa perlu dibuat:
Jadi role model kepada boundaries yang anda nak team ikut
Hormati masa staf jika anda nak mereka hormati anda balik
Boundaries bukan tentang mengawal, tapi tentang bina struktur dan respek dua hala. Bila sempadan jelas, barulah staf tahu mana satu expectation yang patut dipenuhi dan tak akan buat keputusan sendiri ikut suka.