Siapa Patut Buat Appraisal Founder atau Head of Department?
Ramai founder masih keliru siapa patut buat appraisal bila masuk musim review staf. Nak founder sendiri turun padang? Atau serah saja kepada Head of Department (HOD)? Isu ini nampak kecil, tapi sebenarnya beri kesan besar pada sistem prestasi dan budaya kerja organisasi.
1. Bila Founder Patut Buat Appraisal?
Siapa patut buat appraisal kalau staf itu adalah Top Management atau posisi kritikal? Jawapannya: Founder. Founder patut buat appraisal jika:
Staf tersebut report direct kepada founder
Staf berada di peringkat strategik
Founder nak nilai alignment dengan visi syarikat
Appraisal dari founder beri signal bahawa posisi tersebut penting dan prestasi mereka dipantau secara terus.
2. Bila HOD Patut Pegang Tugas Appraisal?
Jika staf itu berada dalam department yang jelas dan ada HOD, maka appraisal patut dijalankan oleh HOD. Ini akan:
Bantu HOD faham kekuatan & gap staf mereka
Perkuat hubungan antara HOD & team
Galakkan accountability dalam department
Dalam sistem organisasi yang sihat, jawapan kepada siapa patut buat appraisal untuk staf bawahan adalah HOD, bukan founder.
3. Bagaimana Nak Pastikan Appraisal Konsisten?
Tak kisah siapa patut buat appraisal, yang penting:
Ada sistem penilaian yang standard (KPI, behavior, contribution)
Founder & HOD align dalam expectation
Hasil appraisal diguna untuk naik taraf, coaching & career path
Kalau appraisal hanya formaliti tanpa susulan, ia takkan beri kesan positif walaupun founder sendiri yang buat.
Jawapan kepada persoalan siapa patut buat appraisal bergantung pada struktur organisasi dan tahap staf tersebut. Yang penting, ada sistem dan guideline jelas supaya semua staf rasa dihargai dan diberi penilaian yang adil.