Ramai founder dan owner SME abaikan struktur gaji & kenaikan jelas kerana fikir team masih kecil. Tapi bila staf mula tanya “kenapa dia naik gaji, saya tak?”, “bila saya boleh naik level?”, atau bila staf bagus mula ‘angkat kaki’ masa tu baru kita sedar sistem sedia ada sebenarnya longgar.
Dalam artikel ini, kami kongsikan kenapa anda kena ada struktur gaji & kenaikan jelas walaupun team belum besar. Ia bukan soal ‘nak jadi korporat’, tapi soal keadilan, motivasi dan kelangsungan.
1. Elak Rasa Tidak Adil Dalam Team
Bila tak ada struktur gaji & kenaikan jelas, semua benda jadi ikut ‘mood’ atau suka-suka. Ini mudah buat staf rasa tak dihargai dan mula banding-banding. Sistem yang jelas bantu wujudkan keadilan dan hilangkan ruang rasa tidak puas hati.
2. Bina Trust & Motivasi Jangka Panjang
Staf bukan saja nak kerja, mereka nak tahu ke mana arah tuju mereka. Bila struktur gaji & kenaikan jelas, mereka nampak laluan dan ini akan bina trust serta semangat untuk capai tahap seterusnya.
3. Mudahkan Founder Buat Keputusan & Kawal Kos
Tanpa struktur, semua rundingan gaji jadi ad hoc. Bila ada struktur gaji & kenaikan jelas, founder boleh rancang bajet syarikat, forecast kenaikan dengan tenang, dan elak beri lebih atau kurang secara tak sedar.
4. Tarik & Kekalkan Bakat Berkualiti
Calon berkualiti biasanya akan tanya soalan seperti: “Macam mana laluan kenaikan saya di sini?” Kalau anda tak ada jawapan, mereka akan pilih syarikat lain yang lebih teratur. Struktur gaji & kenaikan jelas ialah satu bentuk positioning.
Struktur gaji & kenaikan jelas ialah sebahagian dari sistem HR yang sihat. Ia bukan hanya untuk ‘syarikat besar’. Lagi awal anda mula, lagi mudah untuk scale dan kekalkan team yang stabil dan perform.
Tak tahu nak mula dari mana? Tim betterHR boleh bantu strukturkan pelan gaji, laluan kenaikan dan matriks prestasi ikut saiz dan kemampuan syarikat anda.