Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berkembang, pemilik perniagaan SME perlu faham bahawa faedah-faedah tambahan yang ditawarkan kepada pekerja adalah kunci kepada kepuasan dan produktiviti. Artikel ini akan menerangkan bagaimana faedah-faedah tambahan boleh memberi manfaat kepada perniagaan dan pekerja, serta mengapa ia penting untuk memberikan faedah yang berkualiti kepada pekerja

Faedah Tambahan
1. Faedah tambahan membantu meningkatkan kepuasan pekerja

Antara unsur yang paling digemari oleh pekerja adalah untuk merasa dihargai dan diambil berat oleh majikan mereka. Hal ini kerana mereka lebih cenderung untuk berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Antara faedah tambahan seperti insurans kesihatan, cuti yang fleksibel, atau pelan persaraan boleh membantu pekerja merasa lebih selamat dan terjamin. Ini boleh menghasilkan kepuasan yang lebih tinggi dan membina hubungan yang baik antara majikan dan pekerja

2. Pekerja yang berpuas hati lebih cenderung produktif

Kepuasan pekerja adalah kunci kepada produktiviti yang lebih baik. Pekerja yang berpuas hati dengan faedah yang mereka terima cenderung untuk bekerja dengan lebih gigih dan berusaha mencapai matlamat perniagaan. Mereka juga lebih bersemangat untuk kekal dalam organisasi, yang mengurangkan kos penggantian pekerja. Ini menjadikan perniagaan lebih produktif dan berkesan

3. Faedah seperti insurans dan latihan boleh memberi motivasi kepada pekerja

Pekerja yang mendapat akses kepada insurans kesihatan dan pelan faedah yang komprehensif akan merasa diri lebih  terjamin. Selain itu, peluang untuk latihan dan pembangunan kemahiran memberikan motivasi kepada pekerja untuk meningkatkan kebolehan mereka dan memberi manfaat kepada perniagaan.

4. Mengiktiraf pekerja yang setia dengan memberikan penghargaan

Pemberian penghargaan juga adalah cara yang baik untuk mengiktiraf dan menghargai pekerja yang setia kepada organisasi. Program pengiktirafan seperti pemberian cuti panjang atau ganjaran berdasarkan prestasi akan menunjukkan bahawa syarikat menghargai pekerja-pekerja mereka yang setia. Dengan ini, dapat membina budaya penghargaan dalam organisasi.


Kesimpulannya, pemberian aedah-faedah tambahan adalah langkah penting dalam meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Jika anda ingin mencapai perubahan yang lebih baik dalam pengurusan faedah pekerja anda, pertimbangkan untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan sumber manusia seperti RedRadar International. Layari laman web kami di www.redradarinternational.com atau hubungi kami di talian wa.link/betterhr