Dalam fasa awal bisnes, semua benda founder urus sendiri dari operation, marketing sampai HR. Tapi bila team makin besar, kerja makin kompleks dan founder makin penat. Itu tanda paling awal yang anda perlu wujudkan middle manager.
Ramai founder tunggu sampai terlalu lambat untuk buat keputusan ini, akhirnya burn out dan team jadi keliru. Jadi, bila masa yang tepat untuk mula fikir pasal middle manager?
Kenapa Penting Untuk Wujudkan Middle Manager
Middle manager bertindak sebagai jambatan antara founder dan staf. Bila founder sibuk dengan vision dan strategi, middle manager bantu translate arahan kepada execution.
Kalau anda tak wujudkan middle manager, risiko yang akan berlaku:
Arahan bercampur dan tak konsisten
Founder makin micromanage tanpa sedar
Team jadi terlalu bergantung pada seorang sahaja
Tanda Anda Patut Wujudkan Middle Manager
1. Founder Dah Tak Sempat Pantau Semua
Kalau anda mula terlepas pantau kerja harian, dan banyak benda keciciran itu petanda jelas untuk wujudkan middle manager.
2. Ada 6–8 Staf Atau Lebih Dalam Satu Tim
Secara praktikal, seorang manager tak boleh monitor lebih 6–8 orang dengan efektif. Bila lebih dari tu, dah patut pecahkan kepada sub-unit dengan middle manager sebagai lead.
3. Staf Banyak Tertanya-Tanya & Hilang Arah
Kalau team kerap tunggu arahan dari founder saja dan tak berani buat keputusan sendiri mungkin mereka perlukan middle manager yang lebih dekat dan hands-on.
Apa Kesan Bila Terlambat Wujudkan Middle Manager?
Founder mudah burnout
Team tak develop leadership pipeline
Operasi jadi terlalu bergantung pada satu kepala sahaja
Lama-lama, bisnes jadi stagnant sebab tiada orang urus execution dengan serius.
Waktu terbaik untuk wujudkan middle manager ialah bila anda rasa execution dah mula longgar, bukan bila dah rosak. Middle manager bukan sekadar title tapi pemegang amanah untuk bantu bawa organisasi naik level seterusnya.