3 Sistem Penting Untuk Jaga Staff Tanpa Kepala Serabut

Ramai founder stres bila staf makin ramai banyak benda kena jaga, tapi sistem tak ada. Nak pantau kerja, nak kira gaji, nak jaga disiplin semua jadi beban bila dibuat manual. Sebenarnya, ada 3 sistem penting untuk jaga staff tanpa kepala serabut. Bila anda letak sistem yang betul, barulah staf boleh bergerak lancar tanpa perlu anda monitor setiap masa.
Dalam artikel ni, saya kongsikan 3 sistem penting untuk jaga staff tanpa kepala serabut yang wajib ada kalau anda nak scale tim dengan tenang.
1. Sistem Pemantauan Prestasi
Sistem ini bantu anda nilai setiap staf secara konsisten bukan tunggu sampai staf buat silap baru nak ambil tindakan. Dengan sistem pemantauan prestasi, anda boleh:
  1. Set KPI yang jelas
  2. Lihat progress kerja secara mingguan/bulanan
  3. Bagi feedback secara berstruktur
Sistem penting untuk jaga staff tanpa kepala serabut kerana anda tak perlu lagi bergantung pada ‘feeling’ bila nak nilai staf.
2. Sistem Pengurusan Cuti & Kehadiran
Kalau masih guna WhatsApp atau kertas untuk rekod cuti anda sedang undang masalah. Sistem kehadiran yang baik boleh:
  1. Jejak siapa datang, lambat, atau ponteng
  2. Simpan rekod cuti, MC dan public holiday
  3. Elak konflik antara staf tentang giliran cuti
Ini antara sistem penting untuk jaga staff tanpa kepala serabut, sebab hal-hal cuti ni selalu jadi punca salah faham dalam organisasi.
3. Sistem Komunikasi Dalaman
Staf tak boleh perform kalau maklumat tak jelas. Sistem komunikasi dalaman bantu:
  1. Sampaikan maklumat penting dengan cepat
  2. Elak salah faham arahan kerja
  3. Tegaskan budaya kerja dan nilai organisasi
Dengan sistem komunikasi yang jelas, staf akan lebih bertanggungjawab dan anda tak perlu ulang arahan berkali-kali. Memang sistem penting untuk jaga staff tanpa kepala serabut yang ramai orang tak sedar.
Kalau anda masih jaga staf secara manual, lambat laun anda sendiri akan ‘burn out’. Letakkan 3 sistem penting untuk jaga staff tanpa kepala serabut supaya anda boleh fokus kepada strategi bisnes bukan sibuk urus hal teknikal hari-hari.